Sunday, 10 January 2016

.:SEJARAH KAMPUNG PADANG AIR:.

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PADANG AIR

Mengikut cerita orang tua-tua, dahulu kawasan ini diliputi oleh padang yang berair dan merupakan tempat penduduk sekitar mencari makan dengan menanam padi dan berkebun. Memandangkan tempat ini menjadi tumpuan sebagai tempat mencari rezeki dan begitu popular ketika itu, penduduk kampung berhampiran seperti Kampung Tok Jiring dan Kampung Bukit Berangan menggelarkannya "Padang Air" (padang yang banyak air) apabila merujuk kepada tempat ini. Oleh kerana sering di sebut-sebut, maka wujudlah sebuah kampung yang diberi nama Kampung Padang Air.

TARIKAN SEJARAH : BATU TAPAH

Diceritakan oleh orang-orang tua, apabila musim tengkujuh, seluruh kampung akan ditenggelami air menjadikan kelihatan seperti sebuah padang yang ditakungi air, Salah satu tarikan kampung Padang Air ialah 'Batu Tapah'. Mengikut cerita, oleh kerana kampung ini berhampiran dengan sungai, pada musim tersebut penduduk kampung akan berpesta menangkap ikan. Diceritakan salah satu spesis ikan yang banyak ditangkap adalah dalam kalangan spesis Tapah. Ikan ini akan naik secara berkumpulan melalui parit sehingga ke kawasan berbatu dan berguling-guling di atas batu-batu tersebut. Keadaan ikan Tapah berguling-guling dan bermain-main di atas batu berlanjutan beberapa lama sehinggalah berlaku suatu kejadian di mana kumpulan ikan Tapah ini dikatakan 'merajuk' setelah penduduk kampung telah melanggar janji. Dikatakan bahawa, orang kampung telah berjanji untuk menangkap ikan yang banyak ini hanya untuk makan semata-mata. Namun, ada juga yang memungkiri janji dengan turut menjual hasil tangkapan ikan tersebut. Semenjak itu, kawasan ini menjadi sepi. Tiada lagi kelihatan kumpulan ikan Tapah yang singgah di sungai berkenaan. Peninggalan batu yang berbentuk ikan Tapah sahajalah yang tinggal di kawasan tersebut iaitu sebanyak 7(Tujuh) tempat, seolah-olah kumpulan ikan tersebut sudah bertukar menjadi batu. Hingga ke hari ini, kawasan tersebut dikenali sebagai Batu Tapah.


[Gambar sekitar kawasan Batu Tapah]





















7 comments:

  1. Terbbaaiiikkkk sek2 pdg air....kt ane batu tapah tu??

    ReplyDelete
  2. nok kbo ssh ckit..kena g tunjuk sendiri gok..:-)

    ReplyDelete
  3. nok kbo ssh ckit..kena g tunjuk sendiri gok..:-)

    ReplyDelete
  4. ikan tapah ni klu cari pasor jupe dok lning?

    ReplyDelete
  5. Batu tapah ning kalu ikutkan antara parit ibu no.1 ngan parit ibu no.2...zamang2 ngambat babi dulu rajin ah masuk situ..

    ReplyDelete
  6. Batu tapah ning kalu ikutkan antara parit ibu no.1 ngan parit ibu no.2...zamang2 ngambat babi dulu rajin ah masuk situ..

    ReplyDelete