Pada 23 Januari, satu gotong-royong khas diadakan anjuran Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu. Hal ini berikutan negeri Terengganu merekodkan jumlah tertinggi kes di Malaysia. Sebagai langkah untuk membasmi wabak demam denggi dari terus menular, satu gotong-royong yang memfokuskan kawasan Taman Desa Solehah, Padang Air yang telah merekodkan satu kes, di mana penduduk taman itu sendiri yang menghidapi demam denggi. Taman Desa Solehah ini didiami oleh penduduk majoriti Melayu dan Cina telah bersama-sama melakukan gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes ini.
Antara yang turut serta dalam menjayakan program ini selain Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan penduduk Taman Desa Solehah adalah pihak J3K Kampung Padang Air, RELA, Alam Flora (Kuala Lumpur) dan penduduk sekitar taman tersebut. Selain itu juga, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman turut berkenan untuk meninjau sendiri tempat gotong-royong itu diadakan. Beliau bersama pemimpin yang lain turut melakukan lawatan ke rumah sekitar antaranya mangsa demam denggi itu sendiri.
Tahniah diucapkan kepada semua dalam menjayakan program gotong-royong ini.
Semoga kampung kita semua bebas dari penyakit dan sentiasa selamat hendaknya.
[Antara gambar semasa program berlangsung]
No comments:
Post a Comment