Saturday, 30 January 2016

.:GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG PADANG AIR:.

Pada 30 Januari, satu gotong royong dilakukan sempena wabak demam denggi dilakukan. Program ini dijalankan dengan kerjasama J3K Kampung Padang Air, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Padang Air dan penduduk kampung ini sendiri. Sebelum hari kejadian, setiap rumah diedarkan plastik sampah bagi mengisi sampah untuk dibuang ke tong sampah utama, di mana akan dipungut oleh orang yang telah diamanahkan. Timbalan Pengerusi KRT Padang Air, Encik Kamal bin Ibrahim sendiri telah membuat rondaan mengagihkan plastik sampah kepada wakil setiap rumah untuk memastikan program ini berjalan lancar bersama beberapa orang penduduk kampung.

Program bermula seawal 7.30 pagi ini dipantau oleh beliau serta barisan J3K Kampung Padang Air selain membantu penduduk kampung semasa program gotong-royong ini dijalankan. Kawasan tumpuan iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Air juga dilakukan program ini di mana pihak guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar sekolah itu bekerjasama dalam melakukan gotong-royong ini. Hal ini bagi memastikan kawasan sekolah itu selamat selain menyahut arahan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, di mana semua sekolah di Terengganu melakukan gotong-royong di kawasan sekolah bersama penduduk kampung.

Semoga kampung kita sentiasa bersih dan program seperti ini dapat dilakukan secara berterusan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk kampung ini sendiri.


[Gambar sekitar program berlangsung]















Friday, 29 January 2016

.:GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KUBUR KAMPUNG PADANG AIR:.

Pada 29 Januari, satu program gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan telah dilakukan. Program bermula seawal jam 8 pagi dilakukan oleh orang kampung dengan membawa mesin rumput dan golok untuk menebas kawasan yang telah ditumbuhi semak. Aktiviti gotong-royong di kawasan perkuburan ini seringkali dilakukan dan sentiasa dihadiri ramai penduduk kampung ini. Mereka sentiasa mengamalkan konsep kerjasama agar program ini sentiasa berjalan lancar. 

[ Antara gambar semasa program berlangsung]



















Saturday, 23 January 2016

.:PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBASMI AEDES:.

       Pada 23 Januari, satu gotong-royong khas diadakan anjuran Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu. Hal ini berikutan negeri Terengganu merekodkan jumlah tertinggi kes di Malaysia. Sebagai langkah untuk membasmi wabak demam denggi dari terus menular, satu gotong-royong yang memfokuskan kawasan Taman Desa Solehah, Padang Air yang telah merekodkan satu kes, di mana penduduk taman itu sendiri yang menghidapi demam denggi. Taman Desa Solehah ini didiami oleh penduduk majoriti Melayu dan Cina telah bersama-sama melakukan gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes ini. 

    Antara yang turut serta dalam menjayakan program ini selain Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan penduduk Taman Desa Solehah adalah pihak J3K Kampung Padang Air, RELA, Alam Flora (Kuala Lumpur) dan penduduk sekitar taman tersebut. Selain itu juga, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman turut berkenan untuk meninjau sendiri tempat gotong-royong itu diadakan. Beliau bersama pemimpin yang lain turut melakukan lawatan ke rumah sekitar antaranya mangsa demam denggi itu sendiri. Tahniah diucapkan kepada semua dalam menjayakan program gotong-royong ini. 

     Semoga kampung kita semua bebas dari penyakit dan sentiasa selamat hendaknya.
         


[Antara gambar semasa program berlangsung]