Wednesday, 16 March 2016

::FASILITI DI KAMPUNG PADANG AIR::

Assalamualaikum.
 Post kali ni bertujuan untuk memberi sedikit maklumat berkenaan fasiliti yang terdapat di Kampung Padang Air. Antaranya ialah stesen minyak (Shell), Klinik kesihatan Padang Air, Klinik 1 Malaysia, Pasaraya Sakan, Kedai Runcit 24 Jam (7 Eleven), Kedai Runcit (TUKAR), bengkel motor dan sebagainya.
MASJID KAMPUNG PADANG AIR

ZMK JAYA ENTERPRISE


BALAI RAYA KAMPUNG PADANG AIR

BENGKEL MOTOR OKF MOTORSPORT

HENTIAN MAIDAM

KEDAI BUAH-BUAHAN 

DERETAN BANGUNAN KEDAI DESA SOLEHAH

PASARAYA SAKAN

SEVEN-ELEVEN

KLINIK SATU MALAYSIA & YAYASAN ISLAM TERENGGANU



KEDAI KEROPOK PADANG AIR




SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG AIR

KEDAI TAYAR

KEDAI TAYAR VEE ONE

JANG BARBERSHOP

KEDAI TAYAR


ZALIE MAJU ENTERPRISE

SURAU AL MUTTAQIN

PADANG AIR ENTERPRISE

AD BRICK & HARDWARE

KLINIK KESIHATAN 

SHELL PADANG AIR


RUMAH PENGERUSI JKKK


TASKA

BENGKEL MOTOR MAT GHANI

KLINIK IHSAN

GELANGGANG SERBAGUNA

PASTI QARYAH PADANG AIR

SURAU HAJI NGAH

Thursday, 25 February 2016

:: MELAWAT BEKAS BENDAHARI J3K KAMPUNG PADANG AIR::

Pada 25 Februari 2016, satu program ziarah diadakan ke bekas bendahari J3K Kampung Padang Air, Encik Ibrahim bin Muda. Program ziarah ini diketuai oleh Pengerusi J3K Kampung Padang Air, Encik Harun bin Mamat dan disertai oleh Timbalan Pengerusi J3K, Encik Abu Bakar bin Mohamed serta Setiausaha J3K, Encik Mohd Zamli bin Musa. Selain itu juga, beberapa orang ahli jawatankuasa J3K turut menghadiri ziarah ini. Sedikit sumbangan dihulurkan kepada Encik Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan 'Haji Man' oleh penduduk setempat. Ziarah ini diadakan tanda memperingati serta menghargai jasa sepanjang beliau bertugas dalam barisan kepimpinan Kampung Padang Air semenjak 2004. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk Haji Man sekeluarga.



Saturday, 30 January 2016

.:GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KAMPUNG PADANG AIR:.

Pada 30 Januari, satu gotong royong dilakukan sempena wabak demam denggi dilakukan. Program ini dijalankan dengan kerjasama J3K Kampung Padang Air, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Padang Air dan penduduk kampung ini sendiri. Sebelum hari kejadian, setiap rumah diedarkan plastik sampah bagi mengisi sampah untuk dibuang ke tong sampah utama, di mana akan dipungut oleh orang yang telah diamanahkan. Timbalan Pengerusi KRT Padang Air, Encik Kamal bin Ibrahim sendiri telah membuat rondaan mengagihkan plastik sampah kepada wakil setiap rumah untuk memastikan program ini berjalan lancar bersama beberapa orang penduduk kampung.

Program bermula seawal 7.30 pagi ini dipantau oleh beliau serta barisan J3K Kampung Padang Air selain membantu penduduk kampung semasa program gotong-royong ini dijalankan. Kawasan tumpuan iaitu Sekolah Kebangsaan Padang Air juga dilakukan program ini di mana pihak guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pelajar sekolah itu bekerjasama dalam melakukan gotong-royong ini. Hal ini bagi memastikan kawasan sekolah itu selamat selain menyahut arahan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, di mana semua sekolah di Terengganu melakukan gotong-royong di kawasan sekolah bersama penduduk kampung.

Semoga kampung kita sentiasa bersih dan program seperti ini dapat dilakukan secara berterusan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk kampung ini sendiri.


[Gambar sekitar program berlangsung]















Friday, 29 January 2016

.:GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN KUBUR KAMPUNG PADANG AIR:.

Pada 29 Januari, satu program gotong-royong bagi membersihkan kawasan perkuburan telah dilakukan. Program bermula seawal jam 8 pagi dilakukan oleh orang kampung dengan membawa mesin rumput dan golok untuk menebas kawasan yang telah ditumbuhi semak. Aktiviti gotong-royong di kawasan perkuburan ini seringkali dilakukan dan sentiasa dihadiri ramai penduduk kampung ini. Mereka sentiasa mengamalkan konsep kerjasama agar program ini sentiasa berjalan lancar. 

[ Antara gambar semasa program berlangsung]